Skip to main content

Memahami Alternator dan Tanda-Tanda Kerosakannya pada Kenderaan Anda

Alternator adalah penjana kuasa elektrik dalam kenderaan yang memainkan peranan penting dalam sistem pengecasan. Fungsi utamanya adalah untuk menjana tenaga elektrik yang digunakan oleh aksesori-aksesori kenderaan seperti lampu, penyaman udara, dan sistem lain. Selain itu, alternator memastikan pengecasan bateri berjalan lancar, membantu menghidupkan kenderaan setiap kali anda memulakan perjalanan.



6 Tanda Alternator Kereta Anda Rosak

  1. Lampu Amaran Bateri Menyala Kereta moden dilengkapi dengan pelbagai jenis lampu amaran pada papan pemuka. Jika alternator mengalami masalah, lampu amaran bateri akan menyala. Lampu ini biasanya berbentuk seperti bateri atau ada juga yang menunjukkan abjad 'ALT' (alternator) atau 'GEN' (generator).

  2. Lampu Kereta Menjadi Malap Alternator yang berfungsi dengan baik membekalkan tenaga elektrik yang mencukupi untuk kenderaan. Jika prestasinya merosot, kecerahan lampu kereta akan terjejas. Jika anda mendapati cahaya lampu menjadi lebih terang semasa memecut atau lebih malap semasa memperlahankan kelajuan, ini adalah petanda serius kerosakan alternator.

  3. Enjin Kereta Bunyi Kasar, Pelik Alternator yang rosak akan menghasilkan bunyi menderam (growling) atau berkeriut (grinding). Alternator mempunyai beberapa bahagian yang berputar untuk menghasilkan arus elektrik. Jika salah satu bahagian ini haus atau rosak, ia akan menghasilkan bunyi-bunyi tertentu. Jika anda mendengar bunyi berkeriut, mungkin alternator perlu diganti. Bunyi ini biasanya disebabkan oleh pulley crankshaft atau tali sawat yang telah haus.

  4. Kereta Bau Getah Terbakar, Hangit Anda juga boleh mengesan masalah alternator melalui bau. Bau getah terbakar atau wayar yang terlalu panas adalah petanda kerosakan alternator. Alternator bekerja dengan sistem tali sawat yang kompleks; jika tali sawat tidak boleh berputar dengan bebas, bau ini akan terhasil disebabkan oleh haba yang berlebihan. Kedudukan tali sawat yang berdekatan dengan enjin dan terdedah kepada bebanan berterusan meningkatkan risiko haus dan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.

  5. Kereta Tak Boleh Start Masalah kereta tak boleh start boleh berlaku disebabkan oleh bateri kereta kong atau alternator yang rosak. Jika anda sudah menggantikan bateri namun kereta masih tidak boleh dihidupkan, besar kemungkinan ia berpunca daripada alternator yang sudah rosak. Alternator yang rosak tidak dapat membekalkan arus elektrik yang mencukupi untuk mengecas bateri kereta, menyebabkan kereta tak boleh start.

  6. Komponen Elektrik Tidak Berfungsi Seperti Biasa Alternator adalah sumber utama kuasa elektrik di dalam kereta. Jika komponen elektrik seperti power seats atau power windows tidak beroperasi seperti biasa atau beroperasi dengan lebih perlahan, besar kemungkinan ia disebabkan oleh alternator yang bermasalah. Komponen elektrik lain yang mungkin terjejas termasuk power locks, wiper kereta, dan heated seats. Tanpa sumber kuasa yang mencukupi, komponen elektrik ini tidak akan berfungsi dengan normal atau berhenti berfungsi secara tiba-tiba.


Memahami tanda-tanda ini dan mengambil tindakan segera dapat mencegah masalah yang lebih besar pada kenderaan anda. Jika anda mengesan sebarang tanda di atas, bawa kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.

Jika kereta anda mengalami kerosakan atau mati enjin di tepi jalan boleh saja hubungi nombor yang tertera di bawah !! Servis Ventura Towing & Car Carrier .
 
Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.
No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing
 

Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my
 
Whatapps atau Call je terus no dibawah!
 
☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕
 
 
 
EDIA SOSIAL VENTURA:
 
Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 
Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia
Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia
 


Comments

Popular posts from this blog

PENGHANTARAN KERETA KE SABAH SARAWAK CAJ MURAH

Tahukah anda ? Kos penghantaran kenderaan ke Sabah dan Sarawak kita boleh dapat serendah RM999?  Kepada yang pernah bertugas di Semenanjung Malaysia dan memiliki kenderaan, kini ingin membawa balik kenderaan tersebut ke Sabah atau Sarawak? Tentu ramai yang menghadapi masalah ini. Ramai juga yang membeli kenderaan di Semenanjung Malaysia dan menghantarnya ke Sabah atau Sarawak kerana harga kenderaan terpakai di Semenanjung jauh lebih rendah. Persoalannya, bagaimanakah nak hantar kereta ke Sabah Sarawak? Kali ini kami ingin kongsikan sedikit info cara dan harga pos kereta ke Sabah atau Sarawak. Info ini juga mungkin berguna untuk tujuan yang sama iaitu pos kereta ke Semenanjung Malaysia dari Sabah atau Sarawak. Senarai Harga Pos Kereta Ke Sabah Sarawak Bercerita tentang harga, sebenarnya sukar untuk kita mendapatkan kos yang tepat jika kita tidak membuat survey dan tidak mempunyai pengetahuan / informasi yang cukup. Ada yg tawarkan kos serendah RM999 untuk sebuah kereta ke Sabah. Ada...

Panduan Membawa Kereta Dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak & Vice Versa

Assalamualaikum.  Kali ini aku mahu kongsi panduan nak bawa masuk kereta dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak ataupun dari Borneo ke Semenanjung. Bolehlah aku kongsi sebab aku ada pengalaman walaupun tidaklah aku uruskan 100%. Aku kasitau awal-awal ya, yang aku buat ni dari Semenanjung ke Sabah tau. Ke Sarawak aku rasa lebih kurang juga prosedur kot. Dengan musim COVID ni, ampun susah ya kawan-kawan. Biasanya, kalau dari Semenanjung nak ke Sabah ni, kereta akan dihantar ke pelabuhan di Kota Kinabalu (KK). Jadi, aku dari Lahad Datu ni ada dua cara nak ambil kereta. Pertama aku pergi ke KK yang mana jaraknya dalam 8-10 jam memandu dengan jalannya ehehehe (nanti aku share) dan kedua, tambah lebih kurang RM500 untuk dibawak dari KK ke LD menggunakan lori yang korang selalu nampak dekat highway dok bawa kereta tu. Haa, aku selalu membayangkan aku drive masuk terus ja atas lori tu. Okay, pertamanya, apa hang kena buat kalau nak hantar kereta ke Sabah Sarawak ni, jom kita usha. Cari maklumat...

Nak Hantar Kereta Sabah Sarawak? Cuma Rm1650 sahaja

Sanina Enterprise adalah sebuah syarikat yang menawarkan khidmat penghantaran pelbagai kenderaan dari Semenanjung Malaysia ke negeri Sabah, Sarawak, Brunei dan Wilayah Persekutuan Labuan. Kami juga menawarkan khidmat penghantaran kenderaan dari Sabah, Sarawak dan Labuan ke Semenanjung Malaysia.  Syarikat kami menawarkan perkhidmatan terbaik dengan kos penghantaran terendah. Kami dipertanggungjawab oleh syarikat-syarikat pengedar kereta untuk membawa pelbagai jenis kenderaan seperti Mercedes, BMW, Peugeot, Mazda, Toyota, Honda, Suzuki, Perodua, Proton dan Nissan. Perkhidmatan kami terbukti cekap, selamat tempoh penghantaran yang lebih singkat Penghantaran kenderaan hanya memakan masa 4 hingga 7 hari ke destinasi pilihan anda. Kami juga menawarkan perkhidmatan penghantaran kenderaan ke destinasi Pilihan anda seperti Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Lahad Datu dan lain- lagi.  # Harga Berpatutan # Cepat  # Selamat ...