Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2022

Panduan Membawa Kereta Dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak & Vice Versa

Assalamualaikum.  Kali ini aku mahu kongsi panduan nak bawa masuk kereta dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak ataupun dari Borneo ke Semenanjung. Bolehlah aku kongsi sebab aku ada pengalaman walaupun tidaklah aku uruskan 100%. Aku kasitau awal-awal ya, yang aku buat ni dari Semenanjung ke Sabah tau. Ke Sarawak aku rasa lebih kurang juga prosedur kot. Dengan musim COVID ni, ampun susah ya kawan-kawan. Biasanya, kalau dari Semenanjung nak ke Sabah ni, kereta akan dihantar ke pelabuhan di Kota Kinabalu (KK). Jadi, aku dari Lahad Datu ni ada dua cara nak ambil kereta. Pertama aku pergi ke KK yang mana jaraknya dalam 8-10 jam memandu dengan jalannya ehehehe (nanti aku share) dan kedua, tambah lebih kurang RM500 untuk dibawak dari KK ke LD menggunakan lori yang korang selalu nampak dekat highway dok bawa kereta tu. Haa, aku selalu membayangkan aku drive masuk terus ja atas lori tu. Okay, pertamanya, apa hang kena buat kalau nak hantar kereta ke Sabah Sarawak ni, jom kita usha. Cari maklumat sya