Skip to main content

3 kesalahan yang customer selalu buat semasa penghantaran kenderaan ke Sabah & Sarawak

 

1. Booking last minit

- Tempahan penghantaran kenderaan perlulah dibuat seminggu awal atau 5 hari bagi memudahkan proses dokumentasi untuk mengelakkan kenderaan anda daripada tertinggal atau proses sangkut sewaktu pemeriksaan kastam.

Sebagai contoh jika anda ingin memilih tarikh pelayaran kapal pada 25 Jun, anda dikehendaki membuat tempahan selewat-lewatnya pada 20 hari bulan Jun.



2. Tak declare barang pada PIC (Person-In-Charge)

- Semua barangan yang pelanggan bawa di dalam kenderaan hendaklah disenaraikan dan diberitahu kepada PIC. Ini kerana pihak kami juga perlu ‘declare’ kesemua barangan yang berada di dalam kenderaan anda dengan pihak kastam. Jika tidak, kompaun akan dikenakan bila sampai di perlabuhan.

3. Tidak apply surat bank seminggu awal.

- Biasanya semasa membuat tempahan, pihak kami akan memberitahu dokumen-dokumen yang diperlukan bagi membuat tempahan penghantaran kenderaan. Contoh seperti, salinan kad pengenalan pemilik kenderaan, geran kenderaan & polisi insurans atau surat bank (jika kenderaan masih ada loan).

Berkenaan surat bank, pelanggan perlulah memohon surat bank dengan segera selepas membuat tempahan. Hal ini kerana, kebiasaanya pihak bank akan mengambil masa dalam beberapa hari sehingga seminggu untuk mengeluarkan surat. Akan tetap, ia juga bergantung kepada cawangan bank.


Kesimpulan pada kesalahan-kesalahan ini boleh membuatkan pelanggan bertindak untuk membatalkan tempahan 'Cancel Booking' atau tarikh perlayaran akan ditukarkan kepada perlayaran yang seterusnya.



 

Nak hantar ke kereta / kenderaan lain ke Sabah dan Sarawak? Roger je Ventura Trans and Services. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia atau hubungi no. hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan  :

๐ŸŒ  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : ๐„๐ง ๐…๐š๐ข๐ณ – ๐ŸŽ๐Ÿ๐ŸŽ ๐Ÿ‘๐Ÿ–๐Ÿ“ ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ•๐Ÿ•



๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐˜€๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—ฉ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ:

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia




Comments

Popular posts from this blog

Panduan Penggunaan Lorong di Lebuh Raya untuk Keselamatan dan Kelancaran Lalu Lintas

Ketika memandu di lebuh raya, ramai pengguna jalan raya mungkin tidak sepenuhnya menyedari fungsi setiap lorong. Penggunaan lorong yang betul bukan sahaja dapat memastikan kelancaran lalu lintas, tetapi juga dapat meningkatkan keselamatan bagi semua pengguna. Gambar yang ditunjukkan memberikan panduan jelas tentang  fungsi lorong di lebuh raya  di Malaysia, di mana setiap lorong mempunyai peranannya yang spesifik. 1. Lorong Kecemasan – Jangan Guna Kecuali dalam Situasi Darurat Lorong kecemasan sering disalahgunakan oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab, walhal ia dikhaskan untuk kenderaan penyelenggaraan, penguatkuasa, atau bantuan kecemasan seperti ambulans. Pengguna biasa  tidak dibenarkan  menggunakan lorong ini kecuali dalam keadaan darurat, seperti kenderaan rosak. Penggunaan yang salah boleh menyekat laluan bantuan kecemasan, yang mungkin menyelamatkan nyawa dalam situasi kritikal. 2. Lorong Perlahan – Untuk Kenderaan Berat dan Pergerakan Perlahan Lorong ked...

Kipas Radiator: Peranan Penting Dalam Menyejukkan Enjin Kereta Anda

  Kipas radiator adalah salah satu komponen kritikal dalam sistem penyejukan enjin kereta. Walaupun kecil, ia memainkan peranan besar dalam memastikan enjin kereta tidak mengalami kepanasan melampau, terutamanya ketika anda berada dalam trafik atau berhenti di lampu isyarat. Artikel ini akan mengupas fungsi utama kipas radiator, kesan jika ia tidak berfungsi dengan baik, dan punca kerosakannya. Fungsi Utama Kipas Radiator Kipas radiator bertanggungjawab untuk: Menyingkirkan haba berlebihan : Kipas ini membantu memindahkan haba yang dihasilkan oleh enjin melalui radiator, memastikan suhu cecair penyejuk berada dalam julat optimum. Mengawal suhu enjin : Dengan memastikan suhu kekal stabil, ia melindungi komponen enjin daripada kerosakan akibat kepanasan. Menstabilkan suhu penghawa dingin : Kipas radiator juga membantu memastikan aircond kereta berfungsi dengan baik, terutama dalam situasi di mana kenderaan tidak bergerak. Kesan Jika Kipas Radiator Tidak Berfungsi Apabila kipas radiat...

Panduan Membawa Kereta Dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak & Vice Versa

Assalamualaikum.  Kali ini aku mahu kongsi panduan nak bawa masuk kereta dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak ataupun dari Borneo ke Semenanjung. Bolehlah aku kongsi sebab aku ada pengalaman walaupun tidaklah aku uruskan 100%. Aku kasitau awal-awal ya, yang aku buat ni dari Semenanjung ke Sabah tau. Ke Sarawak aku rasa lebih kurang juga prosedur kot. Dengan musim COVID ni, ampun susah ya kawan-kawan. Biasanya, kalau dari Semenanjung nak ke Sabah ni, kereta akan dihantar ke pelabuhan di Kota Kinabalu (KK). Jadi, aku dari Lahad Datu ni ada dua cara nak ambil kereta. Pertama aku pergi ke KK yang mana jaraknya dalam 8-10 jam memandu dengan jalannya ehehehe (nanti aku share) dan kedua, tambah lebih kurang RM500 untuk dibawak dari KK ke LD menggunakan lori yang korang selalu nampak dekat highway dok bawa kereta tu. Haa, aku selalu membayangkan aku drive masuk terus ja atas lori tu. Okay, pertamanya, apa hang kena buat kalau nak hantar kereta ke Sabah Sarawak ni, jom kita usha. Cari maklumat...