Skip to main content

4 FAKTA MENGENAI KAPAL RORO UNTUK PENGHANTARAN KENDERAAN

 Pernah dengar nama “Kapal RORO”? Setiap kapal mempunyai fungsi tersendiri. Contohnya, kapal kontena berfungsi membawa muatan dalam kuantiti pukal. Ada juga kapal tangki, yang digunakan untuk membawa bahan bendalir seperti petroleum. Akan tetapi, apa pula kapal RORO?? 

Fakta 1: Kapal Roll On / Roll Off, atau lebih dikenali sebagai kapal RORO adalah merupakan salah satu kenderaan jenis kargo. Ia digunakan untuk memindahkan kenderaan bermotor seperti kereta, dengan merentasi perairan luas dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain. 

     Ilustrasi gambar kapal RORO


Fakta 2: Nama RORO diberi kerana ia mempunyai anjakan (seakan jambatan gantung) yang dibina di bahagian dalam dan depan, tepi atau belakang kapal. Anjakan ini akan dibuka untuk membolehkan kenderaan dipindah masuk ke dalam kapal (roll on), dan akan ditutup semula apabila mahu bergerak ke destinasi. Setelah tiba di destinasi, anjakan tersebut akan dibuka semula untuk mengeluarkan kenderaan dari perut kapal (roll off). Kecerunan setiap anjakan adalah berbeza mengikut jenis kenderaan yang dihantar oleh kapal.

                                            


Anjakan dibahagian luar kapal RORO (external ramp) digunakan untuk membolehkan knederaan dipandu masuk ke dalam kapal.

             


Anjakan di bahagian dalam kapal RORO (internal ramp) pula membolehkan kenderaan dipandu untuk ke tingkat tertentu di dlam perut kapal. 

 

Fakta 3: Setelah kenderaan dibawa masuk ke dalam perut kapal RORO, setiap kenderaan akan dikunci pada rim menggunakan “cargo lashing”. “Cargo lashing” digunakan untuk mengelakkan kenderaan dari bergerak dan tergelincir ketika proses pelayaran berjalan, menjadikan sebarang pergerakan kenderaan semasa dalam kapal ketika pelayaran lebih terkawal. 

Contoh "cargo lashing" yang biasa digunakan untuk mengunci rim kenderaan di dala, perut kapal                                   

Bagaimana kenderaan anda akan dikunci menggunakan "cargo lashing" di dalam kapal RORO yang bertujuan untuk mengawal sebarang pergerakan kenderaan ketika proses pelayaran.


Fakta 4: Kelebihan utama menggunakan kapal RORO adalah dapat menjimatkan masa di mana kenderaan boleh dipandu melalui anjakan untuk keluar dan masuk ke dalam kapal. Hal ini dapat mempercepatkan proses dalam pemindahan kenderaan dan menjadikan kapal RORO sebagai kapal pilihan utama untuk memindahkan kenderaan beroda.

Dalam pembangunan teknologi kini membolehkan pelbagai jenis kapal RORO diwujudkan bagi memenuhi keperluan semasa. Antaranya adalah kapal RORO jenis (Pure Car Carrier) yang mana khas digunakan untuk membawa kereta sahaja. Manakala, kapal RORO jenis (Pure Car and Truck Carrier) adalah digunakan untuk membawa variasi jenis kenderaan seperti kereta, truck dan kenderaan beroda lain. Tambahan lagi, kapal RORO bukan sahaja digunakan oleh orang awam tetapi turut digunapakai oleh tentera laut untuk memudahkan mereka membawa barang angkatan laut yang penting.

Rujukan:


Nak hantar ke kereta / kenderaan lain ke Sabah dan Sarawak? Roger je Ventura Trans and Services. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia atau hubungi no. hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan  :

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 π…πšπ’π³ – 𝟎𝟏𝟎 πŸ‘πŸ–πŸ“ πŸπŸπŸ•πŸ•


Comments

Popular posts from this blog

Panduan Penggunaan Lorong di Lebuh Raya untuk Keselamatan dan Kelancaran Lalu Lintas

Ketika memandu di lebuh raya, ramai pengguna jalan raya mungkin tidak sepenuhnya menyedari fungsi setiap lorong. Penggunaan lorong yang betul bukan sahaja dapat memastikan kelancaran lalu lintas, tetapi juga dapat meningkatkan keselamatan bagi semua pengguna. Gambar yang ditunjukkan memberikan panduan jelas tentang  fungsi lorong di lebuh raya  di Malaysia, di mana setiap lorong mempunyai peranannya yang spesifik. 1. Lorong Kecemasan – Jangan Guna Kecuali dalam Situasi Darurat Lorong kecemasan sering disalahgunakan oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab, walhal ia dikhaskan untuk kenderaan penyelenggaraan, penguatkuasa, atau bantuan kecemasan seperti ambulans. Pengguna biasa  tidak dibenarkan  menggunakan lorong ini kecuali dalam keadaan darurat, seperti kenderaan rosak. Penggunaan yang salah boleh menyekat laluan bantuan kecemasan, yang mungkin menyelamatkan nyawa dalam situasi kritikal. 2. Lorong Perlahan – Untuk Kenderaan Berat dan Pergerakan Perlahan Lorong ked...
  Adakah anda sedang mencari cara  selamat, mudah dan jimat  untuk menghantar kereta anda dari Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak? Kini anda tidak perlu risau lagi! Dengan  Ventura Malaysia , kami menawarkan  penghantaran kereta menggunakan kontena  – satu kaedah yang semakin popular kerana tahap keselamatan yang tinggi serta harga yang sangat berpatutan. Tak kira anda berada di Selangor, Johor, Kuala Lumpur atau mana-mana lokasi di Semenanjung, kami bersedia membantu anda dari A hingga Z. Kenapa Pilih Penghantaran Guna Kontena? 🚒  Perlindungan Maksimum Kenderaan anda dimuatkan ke dalam kontena khas, tertutup sepenuhnya dan dilindungi daripada cuaca buruk, debu, dan risiko calar. Anda tak perlu bimbang tentang keselamatan kereta anda sepanjang perjalanan laut yang jauh. πŸ“¦  Tiada Kerosakan, Tiada Calar Berbanding penghantaran jenis 'RoRo' (roll-on/roll-off), penghantaran kontena jauh lebih selamat kerana kereta anda tidak digerakkan masuk...

Apa Itu Flushing Aircond & Kelebihannya?

  Apa Itu Flushing Aircond? Flushing aircond merupakan proses pembersihan sistem penghawa dingin kereta bagi menghilangkan segala kotoran, kelembapan berlebihan, dan sisa-sisa lain yang mungkin terkumpul dalam sistem tersebut. Proses ini membantu memastikan sistem aircond kembali berfungsi dengan cekap, bebas daripada sebarang halangan yang boleh mengganggu aliran udara atau menyebabkan kerosakan. Apabila sistem aircond dibiarkan tanpa penyelenggaraan, debu, kotoran, sisa minyak, dan kelembapan boleh berkumpul di dalamnya. Ini bukan sahaja menyebabkan udara yang dikeluarkan menjadi tidak sejuk, malah boleh membawa kepada kerosakan yang lebih besar dan memerlukan kos pembaikan yang tinggi. Kelebihan Melakukan Flushing Aircond Flushing aircond bukan sekadar membersihkan sistem, tetapi juga memberikan pelbagai manfaat lain yang berbaloi untuk jangka masa panjang. Antara kelebihan utama termasuk: ✅  1. Meningkatkan Prestasi Penyejukan Udara Setelah sistem dibersihkan, aliran udara...