Pernah dengar nama “Kapal RORO”? Setiap kapal mempunyai fungsi tersendiri. Contohnya, kapal kontena berfungsi membawa muatan dalam kuantiti pukal. Ada juga kapal tangki, yang digunakan untuk membawa bahan bendalir seperti petroleum. Akan tetapi, apa pula kapal RORO?? Fakta 1: Kapal Roll On / Roll Off, atau lebih dikenali sebagai kapal RORO adalah merupakan salah satu kenderaan jenis kargo. Ia digunakan untuk memindahkan kenderaan bermotor seperti kereta, dengan merentasi perairan luas dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain. Ilustrasi gambar kapal RORO Fakta 2: Nama RORO diberi kerana ia mempunyai anjakan (seakan jambatan gantung) yang dibina di bahagian dalam dan depan, tepi atau belakang kapal. Anjakan ini akan dibuka untuk membolehkan kenderaan dipindah masuk ke dalam kapal (roll on), dan akan ditutup semula apabila mahu bergerak ke destinasi. Setelah tiba di destinasi, anjakan tersebut akan dibuka semula untuk mengeluarkan...
Khidmat hantar kereta dari Semenanjung ke Sabah Sarawak (Port Klang ke Kota Kinabalu Sabah atau Kuching Sarawak)