Skip to main content

SERVIS PENGAMBILAN DAN PENGHANTARAN KENDERAAN CAR CARRIER VENTURA



𝙋𝙀𝙉𝙂𝙃𝘼𝙉𝙏𝘼𝙍𝘼𝙉 𝙎𝙀𝘾𝘼𝙍𝘼 𝙏𝙀𝙍𝙐𝙎 𝙈𝙀𝙉𝙂𝙂𝙐𝙉𝘼𝙆𝘼𝙉 𝙇𝙊𝙍𝙄 𝙏𝙍𝙀𝙇𝙀𝙍

Kami adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan penghantaran kenderaan yang merangkumi servis pengambilan dan penghantaran kenderaan pelanggan dari rumah pelanggan atau destinasi tertentu (checkpoint) menggunakan jenis carrier seperti Single Carrier (Flatbed) dan Car Carrier (Rigid) dan dihantar ke destinasi yang pelanggan inginkan. 

Single Carrier (Flatbed) merupakan perkhidmatan penghantaran yang menggunakan konsep (Door-to-Door) dimana kenderaan pelanggan boleh di ambil dari rumah pelanggan dan dihantar ke destinasi yang ditentukan oleh pelanggan manakala Car carrier (Rigid) memerlukan pelanggan untuk menghantar kenderaan sendiri ke destinasi tertentu dimana Car Carrier (Rigid) dapat pickup dan menghantar ke destinasi kerana Car Carrier mempunyai saiz yang berbeza dengan Single Carrier. Oleh itu, Car Carrier (Rigid) tidak dapat menggunakan konsep (Door-to-Door).  

Selain itu, kami juga  menyediakan ‘Towing Service’ yang boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja untuk membantu anda dalam mengendalikan kenderaan anda yang rosak atau kemalangan. Jadi, anda tidak perlu berasa bimbang kerana kami di Ventura Trans & Services sedia membantu anda!

✅ Jangka masa tiba lebih cepat
✅ Urusan tempahan yang mesra
✅ Dokumentasi yang mudah (Kad Pengenalan & Geran sahaja)
✅ Sesuai untuk kegunaan urgent
✅ Alternatif menggantikan penghantaran menggunakan kapal 

Syarikat kami mempunyai pelbagai jenis perkhidmatan seperti yang dinyatakan di bawah 👇



PERKHIDMATAN TOWING KERETA

Kami menawarkan perkhidmatan towing kereta 24 jam untuk membawa anda kembali ke jalan raya dengan cepat sambil menawarkan perkhidmatan terbaik kepada anda.



PERKHIDMATAN TOWING MOTOSIKAL

Kami juga menawarkan perkhidmatan towing motorsikal untuk semua jenis motorsikal sama ada motorsikal biasa ataupun superbike. Kami akan memastikan bahawa motosikal anda selamat sampai ke destinasi.



PERKHIDMATAN TOWING KECEMASAN

Anda mengalami masalah kereta? Atau lebih teruk lagi, adakah anda mengalami kemalangan? Apa-apa pun, kami sedia membantu anda dengan perkhidmatan menunda kecemasan kami untuk kemalangan kereta.



PERKHIDMATAN CARRIER

Kami juga ada menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran kenderaan (Door-To-Door Service) dari/ke pelabuhan atau mengikut lokasi yang ditetapkan oleh pelanggan.

Ventura Towing & Car Carrier merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan penghantaran kenderaan yang mempunyai servis pelanggan yang terbaik ke seluruh semenanjung Malaysia.Hal ini kerana syarikat kami mempunyai perkhidmatan carrier yang boleh mengahntar kenderaan anda ke pelabuhan (Port Klang) menggunakan treler.Jika anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Nak hantar kenderaan guna treler? 𝗖𝗮𝗹𝗹/𝗪𝘀 𝗻𝗼 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵👇😉

☎   : 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗙𝗮𝗶𝘇 - 𝟬𝟭𝟬 𝟯𝟴𝟱 𝟭𝟭𝟳𝟳  ----->>  wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura



Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

TikTok: @Ventura Trans & Services Malaysia


Comments

Popular posts from this blog

Panduan Penggunaan Lorong di Lebuh Raya untuk Keselamatan dan Kelancaran Lalu Lintas

Ketika memandu di lebuh raya, ramai pengguna jalan raya mungkin tidak sepenuhnya menyedari fungsi setiap lorong. Penggunaan lorong yang betul bukan sahaja dapat memastikan kelancaran lalu lintas, tetapi juga dapat meningkatkan keselamatan bagi semua pengguna. Gambar yang ditunjukkan memberikan panduan jelas tentang  fungsi lorong di lebuh raya  di Malaysia, di mana setiap lorong mempunyai peranannya yang spesifik. 1. Lorong Kecemasan – Jangan Guna Kecuali dalam Situasi Darurat Lorong kecemasan sering disalahgunakan oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab, walhal ia dikhaskan untuk kenderaan penyelenggaraan, penguatkuasa, atau bantuan kecemasan seperti ambulans. Pengguna biasa  tidak dibenarkan  menggunakan lorong ini kecuali dalam keadaan darurat, seperti kenderaan rosak. Penggunaan yang salah boleh menyekat laluan bantuan kecemasan, yang mungkin menyelamatkan nyawa dalam situasi kritikal. 2. Lorong Perlahan – Untuk Kenderaan Berat dan Pergerakan Perlahan Lorong ked...

Kipas Radiator: Peranan Penting Dalam Menyejukkan Enjin Kereta Anda

  Kipas radiator adalah salah satu komponen kritikal dalam sistem penyejukan enjin kereta. Walaupun kecil, ia memainkan peranan besar dalam memastikan enjin kereta tidak mengalami kepanasan melampau, terutamanya ketika anda berada dalam trafik atau berhenti di lampu isyarat. Artikel ini akan mengupas fungsi utama kipas radiator, kesan jika ia tidak berfungsi dengan baik, dan punca kerosakannya. Fungsi Utama Kipas Radiator Kipas radiator bertanggungjawab untuk: Menyingkirkan haba berlebihan : Kipas ini membantu memindahkan haba yang dihasilkan oleh enjin melalui radiator, memastikan suhu cecair penyejuk berada dalam julat optimum. Mengawal suhu enjin : Dengan memastikan suhu kekal stabil, ia melindungi komponen enjin daripada kerosakan akibat kepanasan. Menstabilkan suhu penghawa dingin : Kipas radiator juga membantu memastikan aircond kereta berfungsi dengan baik, terutama dalam situasi di mana kenderaan tidak bergerak. Kesan Jika Kipas Radiator Tidak Berfungsi Apabila kipas radiat...

Panduan Membawa Kereta Dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak & Vice Versa

Assalamualaikum.  Kali ini aku mahu kongsi panduan nak bawa masuk kereta dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak ataupun dari Borneo ke Semenanjung. Bolehlah aku kongsi sebab aku ada pengalaman walaupun tidaklah aku uruskan 100%. Aku kasitau awal-awal ya, yang aku buat ni dari Semenanjung ke Sabah tau. Ke Sarawak aku rasa lebih kurang juga prosedur kot. Dengan musim COVID ni, ampun susah ya kawan-kawan. Biasanya, kalau dari Semenanjung nak ke Sabah ni, kereta akan dihantar ke pelabuhan di Kota Kinabalu (KK). Jadi, aku dari Lahad Datu ni ada dua cara nak ambil kereta. Pertama aku pergi ke KK yang mana jaraknya dalam 8-10 jam memandu dengan jalannya ehehehe (nanti aku share) dan kedua, tambah lebih kurang RM500 untuk dibawak dari KK ke LD menggunakan lori yang korang selalu nampak dekat highway dok bawa kereta tu. Haa, aku selalu membayangkan aku drive masuk terus ja atas lori tu. Okay, pertamanya, apa hang kena buat kalau nak hantar kereta ke Sabah Sarawak ni, jom kita usha. Cari maklumat...