Skip to main content

SERVIS POS PENGHANTARAN KENDERAAN HEAVY DUTY VENTURA


Tahukah anda? Selain penghantaran kereta dan motosikal dari/ke Sabah dan Sarawak, Ventura Trans and Services juga ada menawarkan penghantaran untuk kenderaan berat (Heavy Unit) seperti van, lori, bas, jentera berat (Loader, Forklift, Excavator) dan kenderaan yang serupa denganya. Jadi kali ini, admin nak share langkah-langkah untuk menghantar kenderaan berat (Heavy Unit) dengan Ventura Trans and Service dan bagaimana kos menghantar kenderaan berat dikira. Berikut adalah langkah-langkah penghantaran kenderaan berat (Heavy Unit) yang perlu pelanggan lakukan:

  1. Nyatakan model dan tahun kenderaan heavy unit yang anda ingin hantar.
  2. Ambil gambar kenderaan berserta ukuran panjang, tinggi dan lebar kenderaan dalam unit cm/m.
  3. Hantarkan semua maklumat tersebut kepada pihak ventura untuk pengiraan kos penghantaran mengikut jumlah meter kubik (M3).
  4. Jika anda bersetuju dengan harga kos penghantaran yang diberikan, anda boleh teruskan membuat tempahan slot penghantaran.

Untuk pengetahuan anda, harga kos penghantaran bagi setiap kenderaan berat dikira berdasarkan kepada ukuran M3 kubik kenderaan tersebut. 

Formula kiraan ukuran M3:

M3 = Lebar x Panjang x Tinggi, dalam bacaan cm/m.

 

PENGHANTARAN PERALATAN TAMBAHAN LAIN

Selain itu, pihak ventura juga boleh mengaturkan penghantaran peralatan tambahan lain bagi jentera berat contoh seperti Boom Excavator, Arm Excavator, Bucket Excavator dan lain-lain dengan menggunakan kapal kontena. Bagi kos penghantaran peralatan tambahan lain pula, ia juga akan dikira mengikut ukuran M3 sama seperti formula di atas. Sila rujuk pada gambar dibawah untuk proses menghantar peralatan tambahan lain.


Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia atau hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:


☎ : Encik Faiz  +60103851177   




Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 
https://www.facebook.com/pakarposkenderaansabahsarawak

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia
https://www.instagram.com/venturamalaysia/?hl=en

TikTok: @Ventura Trans & Services Malaysia
www.tiktok.com/@venturamalaysia



Comments

Popular posts from this blog

PENGHANTARAN KERETA KE SABAH SARAWAK CAJ MURAH

Tahukah anda ? Kos penghantaran kenderaan ke Sabah dan Sarawak kita boleh dapat serendah RM999?  Kepada yang pernah bertugas di Semenanjung Malaysia dan memiliki kenderaan, kini ingin membawa balik kenderaan tersebut ke Sabah atau Sarawak? Tentu ramai yang menghadapi masalah ini. Ramai juga yang membeli kenderaan di Semenanjung Malaysia dan menghantarnya ke Sabah atau Sarawak kerana harga kenderaan terpakai di Semenanjung jauh lebih rendah. Persoalannya, bagaimanakah nak hantar kereta ke Sabah Sarawak? Kali ini kami ingin kongsikan sedikit info cara dan harga pos kereta ke Sabah atau Sarawak. Info ini juga mungkin berguna untuk tujuan yang sama iaitu pos kereta ke Semenanjung Malaysia dari Sabah atau Sarawak. Senarai Harga Pos Kereta Ke Sabah Sarawak Bercerita tentang harga, sebenarnya sukar untuk kita mendapatkan kos yang tepat jika kita tidak membuat survey dan tidak mempunyai pengetahuan / informasi yang cukup. Ada yg tawarkan kos serendah RM999 untuk sebuah kereta ke Sabah. Ada...

Kepentingan Insurans Marin dalam Penghantaran Kenderaan: Dengan Keadaan Laut, Ribut Petir dan Angin Kencang yang Melanda Malaysia

  Penghantaran kenderaan melalui laut merupakan kaedah yang paling efisien dalam industri logistik antarabangsa. Namun begitu, ancaman dari keadaan laut yang tidak menentu dan musim ribut yang semakin kerap berlaku menjadikan insurans marin satu keperluan yang tidak boleh diabaikan. Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang sukar diramal seperti sekarang, insurans ini memberikan perlindungan penting terhadap pelbagai risiko yang mungkin menjejaskan penghantaran kenderaan. Keadaan Laut dan Musim Ribut Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, keadaan laut di sekitar perairan Malaysia dan Asia Tenggara sering kali dilanda cuaca buruk. Musim ribut dan angin kencang menyebabkan laut bergelora dengan ombak besar, menjadikan perjalanan kapal semakin berisiko. Kapal-kapal yang membawa kenderaan dari pelbagai lokasi terdedah kepada pelbagai bahaya, termasuk kerosakan kenderaan, kehilangan muatan, dan kelewatan penghantaran. Antara risiko yang berkaitan dengan keadaan cuaca buruk ini termasuk:...

Panduan Penggunaan Lorong di Lebuh Raya untuk Keselamatan dan Kelancaran Lalu Lintas

Ketika memandu di lebuh raya, ramai pengguna jalan raya mungkin tidak sepenuhnya menyedari fungsi setiap lorong. Penggunaan lorong yang betul bukan sahaja dapat memastikan kelancaran lalu lintas, tetapi juga dapat meningkatkan keselamatan bagi semua pengguna. Gambar yang ditunjukkan memberikan panduan jelas tentang  fungsi lorong di lebuh raya  di Malaysia, di mana setiap lorong mempunyai peranannya yang spesifik. 1. Lorong Kecemasan – Jangan Guna Kecuali dalam Situasi Darurat Lorong kecemasan sering disalahgunakan oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab, walhal ia dikhaskan untuk kenderaan penyelenggaraan, penguatkuasa, atau bantuan kecemasan seperti ambulans. Pengguna biasa  tidak dibenarkan  menggunakan lorong ini kecuali dalam keadaan darurat, seperti kenderaan rosak. Penggunaan yang salah boleh menyekat laluan bantuan kecemasan, yang mungkin menyelamatkan nyawa dalam situasi kritikal. 2. Lorong Perlahan – Untuk Kenderaan Berat dan Pergerakan Perlahan Lorong ked...