Skip to main content

Panduan Membawa Kereta Dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak & Vice Versa

Assalamualaikum. 

Kali ini aku mahu kongsi panduan nak bawa masuk kereta dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak ataupun dari Borneo ke Semenanjung. Bolehlah aku kongsi sebab aku ada pengalaman walaupun tidaklah aku uruskan 100%. Aku kasitau awal-awal ya, yang aku buat ni dari Semenanjung ke Sabah tau. Ke Sarawak aku rasa lebih kurang juga prosedur kot.

Dengan musim COVID ni, ampun susah ya kawan-kawan. Biasanya, kalau dari Semenanjung nak ke Sabah ni, kereta akan dihantar ke pelabuhan di Kota Kinabalu (KK). Jadi, aku dari Lahad Datu ni ada dua cara nak ambil kereta. Pertama aku pergi ke KK yang mana jaraknya dalam 8-10 jam memandu dengan jalannya ehehehe (nanti aku share) dan kedua, tambah lebih kurang RM500 untuk dibawak dari KK ke LD menggunakan lori yang korang selalu nampak dekat highway dok bawa kereta tu.

Haa, aku selalu membayangkan aku drive masuk terus ja atas lori tu.

Okay, pertamanya, apa hang kena buat kalau nak hantar kereta ke Sabah Sarawak ni, jom kita usha.

  1. Cari maklumat syarikat penghantaran kereta. (Pastikan trusted okay?)
  2. Dapatkan sebut harga daripada syarikat yang dipilih.
  3. Buat permohonan surat kepada bank untuk pindahkan/hantar kereta.
  4. Hantar dokumen berkaitan kepada bank.
  5. Dapatkan surat kebenaran (untuk pelepasan hantar kereta) dari bank.
  6. Serahkan semua dokumen untuk urusan hantar kereta.
  7. Sediakan duit (PALING PENTING LOL)
Okay, aku nak go through satu satu. Memandangkan masa mak aku nak hantar kereta kat sini musim COVID, renyah la sikit. Banyak surat nak kena buat. Dah la dengan musim PKPD PKPB bagai. Tapi syukur sangat ejen aku ni banyak gila membantu.

Cari maklumat syarikat penghantaran kereta. Yang ini hang boleh Google saja. Aku mula-mula tanya juga member kat sini yang dah hantar kereta. Dia dapat dalam RM1300 la, kereta Proton Saga, hantar kat sini, tapi dia ambil di KK. Kalau nak dia hantar ke LD kena tambah dalam RM500. Tapi still aku kena ke bandar, sebab mana mahunya depa masuk sampai felda. Haha.

So, mak aku malas nak pening, dia pun susah hati kot aku nak kena ke KK sampai setengah hari punya perjalanan, jadi dia kata hantar terus sampai LD. Kakak aku lah yang urusan, aku cuma bagi details saja. Hehe. Kami guna khidmat Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd ni. TRUSTED at all! Asalnya nak ambil dari rumah abang aku di Teluk Panglima Garang dan ke Pelabuhan Klang, tapi, PKPB kan, mak aku tak boleh masuk ke Selangor, maka dia terus ke Nilai dan esoknya Nilai pulak PKPD. HAHA.

Tapi syarikat ni ada surat untuk rentas negeri bagai, so, diorang ambil kereta di Nilai dan terus uruskan sampai la kereta ni sampai kat aku. Macam mana depa urus entahla bukan kerja aku.

Dapatkan sebut harga daripada syarikat yang dipilih. Yang ini biasalah, nama pun nak survey kan. Pilihlah mana yang korang berkenan. Mahal ke murah ke ikut korang la.

Buat permohonan surat kepada bank untuk pindahkan/hantar kereta. Okay, ini penting. PALING PENTING. Korang kena telefon bank yang korang buat pinjaman kenderaan, macam aku Maybank Kangar, so aku terus call Maybank untuk bercakap dengan person in charge. Terangkan dekat dia. Nanti dia akan minta korang emelkan surat permohonan. Jadi, nanti bila dah siap surat pelepasan tu, korang kena pergi ambil di bank tersebut.

Contoh surat kena hantar dekat bank. Mai rajin aku ada la contoh surat ni.

Tapi, aku kat Sabah, kereta kat Penang, bank aku di Kangar. Masa ni tak boleh rentas negeri lagi, macam mana nak buat?

Aku call bank, cakap boleh tak pos? Dia kata tak boleh. Sebab tu geran dan surat kebenaran pelepasan kan? So, depa boleh hantar ke bank terdekat dengan kita yang buat pinjaman kenderaan. So, yang terdekat dengan aku Maybank kat Bagan. Jadi, mak aku kena pi ambil kat sana la. Still, aku kena buat surat kebenaran wakil ambil. Sebab geran tu semua atas nama aku, jadi, kalau nak orang lain ambil, kena ada surat kebenaran juga.

Maka aku siapkan surat dan hantar kat bank. Mak aku pun aku bagi salinan. In case bank Bagan tu nak juga.

Contoh surat kebenaran wakil

Okay selesai dah part surat bank ni. Tapi hang kena baca betul-betul tau. Hang ada masa DUA BULAN saja untuk selesaikan urusan penghantaran ni semua. Bank bagi aku masa sampai 11.11.2020 untuk sah laku surat pelepasan tu.

Oh ya, aku lupa nak cakap. Sediakan juga ya dokumen berkaitan untuk bagi kat bank. Macam aku kat posting cikgu kat sini, so aku kena bagi surat penempatan, surat panggilan lapor diri, surat apa lagi tah lupa dah aku. Ini kalau korang masih belum bayar habis kat bank tau. Kalau kata kereta hampa dah habis bayar, skip sajo. Jangan nak pening kepala. Tiber.

Serahkan semua dokumen untuk urusan hantar kereta. Dah dapat kebenaran bank? Okay, teruskan. Bagi semua surat yang bank bagi kat hampa tu kat ejen yang uruskan dan biasakan ada satu salinan untuk simpanan korang k. Apa apa jadi ada bukti.

Antara yang diperlukan ialah:
  1. Surat kebenaran daripada bank.
  2. Salinan geran kereta.
  3. Salinan kad pengenalan pemilik kereta.
  4. Persediaan sebelum hantar kereta. (ini aku tak ingat benda apa)
  5. Duit yang cukup hahaha
Kemudian settle hang kemas kemas la kereta bagi elok. Boleh letak barang sikit dalam tu kecuali makanan. Makanan is a big no okay sebab lama. Almost 2 weeks kereta atas kapal laut. Sebelum kereta dibawa belayar, ejen diorang akan datang check kereta satu satu semua. Segala mak nenek calar kat mana pun depa tanda. Maklumlah kereta aku dah 6 tahun, kemain bercalar balar. Macam hatiku yang tercalar. Tiber.

Barang tu tak boleh tinggi penuh sampai cermin okay.

Mak aku tengah kemas kereta susun apa patut. Ada cucu berbulu dia.

Ini aje barang aku. Baju yang aku nak mak aku malas nak sort dia bagi sebekas terus.

Staff diorang datang check satu satu. Tanda mana patut. Ada borang dia bagi nanti.

So selesai semua, diorang bawak la Baby J aku ke Pelabuhan Klang untuk dihantar kepada tuannya. Hampir dua minggu juga nak sampai. Masa sampai kat aku tu, kawan aku si Ayu yang duduk di bandar tolong ambilkan dulu. Aku di felda ni oi, mana maunya terus pergi ambik kat bandar sana. Jauh kot. Dah la itu hari last PKPD. AKu mana boleh keluar dari kampung lagi. HAHA. Mujur ada kawan kat sana.

So, kat LD ni dia ambi kat tepi jalan ja. Sadis eh hahahaha. Lepas dia check apa patut, video call dengan aku la sambil tu, dia sign borang kata dah sampai, dan dia simpan di rumah dulu. Esoknya habis PKPD aku terus pergi ambik la. Rindu juga Baby J tu.

Iya sis, ada juga bukti bergambar. HAHA.

Total bayaran ni semua hampir RM3000 juga. Lebih kurang la. Sebab ada juga ambil insurans in case jadi apa apa kan. Tapi takpala, sampai dah dia kat sini. Nak beli baru kereta, takmau la. Pening nak sambung bayar 9 tahun. Ini pun dah 3 tahun jak lagi. Duit tu nanti aku boleh buat benda lain.

Okay, aku harap membantu la korang. Ini pun ramai juga cikgu-cikgu dapat egtukar kan? Mana tahu nak cari syarikat yang trusted nanti, korang boleh la contact orang yang aku kabo tu. Nombor telefon semua ada kat situ jak.

Terima kasih kepada Faiz, staff syarikat Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd 0103851177 yang banyak membantu dan update aku sepanjang urusan ni. Bagus sangat PR dia. Aku senangg. Gittew.

Okay gais, hujan masih belum berhenti ni. Aku macam nak sambung beradu. Ehek.

Sampai ketemu lagi.

Yang benar,

Jannah.

Comments

Popular posts from this blog

PENGHANTARAN KERETA KE SABAH SARAWAK CAJ MURAH

Tahukah anda ? Kos penghantaran kenderaan ke Sabah dan Sarawak kita boleh dapat serendah RM999?  Kepada yang pernah bertugas di Semenanjung Malaysia dan memiliki kenderaan, kini ingin membawa balik kenderaan tersebut ke Sabah atau Sarawak? Tentu ramai yang menghadapi masalah ini. Ramai juga yang membeli kenderaan di Semenanjung Malaysia dan menghantarnya ke Sabah atau Sarawak kerana harga kenderaan terpakai di Semenanjung jauh lebih rendah. Persoalannya, bagaimanakah nak hantar kereta ke Sabah Sarawak? Kali ini kami ingin kongsikan sedikit info cara dan harga pos kereta ke Sabah atau Sarawak. Info ini juga mungkin berguna untuk tujuan yang sama iaitu pos kereta ke Semenanjung Malaysia dari Sabah atau Sarawak. Senarai Harga Pos Kereta Ke Sabah Sarawak Bercerita tentang harga, sebenarnya sukar untuk kita mendapatkan kos yang tepat jika kita tidak membuat survey dan tidak mempunyai pengetahuan / informasi yang cukup. Ada yg tawarkan kos serendah RM999 untuk sebuah kereta ke Sabah. Ada...

Kepentingan Insurans Marin dalam Penghantaran Kenderaan: Dengan Keadaan Laut, Ribut Petir dan Angin Kencang yang Melanda Malaysia

  Penghantaran kenderaan melalui laut merupakan kaedah yang paling efisien dalam industri logistik antarabangsa. Namun begitu, ancaman dari keadaan laut yang tidak menentu dan musim ribut yang semakin kerap berlaku menjadikan insurans marin satu keperluan yang tidak boleh diabaikan. Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang sukar diramal seperti sekarang, insurans ini memberikan perlindungan penting terhadap pelbagai risiko yang mungkin menjejaskan penghantaran kenderaan. Keadaan Laut dan Musim Ribut Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, keadaan laut di sekitar perairan Malaysia dan Asia Tenggara sering kali dilanda cuaca buruk. Musim ribut dan angin kencang menyebabkan laut bergelora dengan ombak besar, menjadikan perjalanan kapal semakin berisiko. Kapal-kapal yang membawa kenderaan dari pelbagai lokasi terdedah kepada pelbagai bahaya, termasuk kerosakan kenderaan, kehilangan muatan, dan kelewatan penghantaran. Antara risiko yang berkaitan dengan keadaan cuaca buruk ini termasuk:...

Panduan Penggunaan Lorong di Lebuh Raya untuk Keselamatan dan Kelancaran Lalu Lintas

Ketika memandu di lebuh raya, ramai pengguna jalan raya mungkin tidak sepenuhnya menyedari fungsi setiap lorong. Penggunaan lorong yang betul bukan sahaja dapat memastikan kelancaran lalu lintas, tetapi juga dapat meningkatkan keselamatan bagi semua pengguna. Gambar yang ditunjukkan memberikan panduan jelas tentang  fungsi lorong di lebuh raya  di Malaysia, di mana setiap lorong mempunyai peranannya yang spesifik. 1. Lorong Kecemasan – Jangan Guna Kecuali dalam Situasi Darurat Lorong kecemasan sering disalahgunakan oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab, walhal ia dikhaskan untuk kenderaan penyelenggaraan, penguatkuasa, atau bantuan kecemasan seperti ambulans. Pengguna biasa  tidak dibenarkan  menggunakan lorong ini kecuali dalam keadaan darurat, seperti kenderaan rosak. Penggunaan yang salah boleh menyekat laluan bantuan kecemasan, yang mungkin menyelamatkan nyawa dalam situasi kritikal. 2. Lorong Perlahan – Untuk Kenderaan Berat dan Pergerakan Perlahan Lorong ked...