Skip to main content

Posts

Aksesori Kereta Penting untuk Keselamatan dan Kecemasan: Pastikan Anda Siap Sedia!

Dalam saat-saat genting atau kecemasan, kita sering berharap ada alatan atau aksesori yang boleh membantu kita keluar dari situasi yang tidak diingini. Untuk memastikan perjalanan anda lebih tenang dan selamat, berikut adalah senarai aksesori kereta penting yang patut ada di dalam kenderaan sebelum anda memulakan perjalanan. 1. Tukul Cermin Pelbagai Fungsi Tukul cermin adalah alat keselamatan yang penting. Jika kereta anda terhumban ke dalam parit atau sungai, tukul ini dapat memecahkan cermin dengan mudah. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pisau kecil untuk memotong tali pinggang keselamatan jika terperangkap. Dalam situasi kecemasan, setiap detik amat berharga, dan alat ini boleh menjadi penyelamat nyawa. 2. Alat Pemadam Api Kebakaran kereta sering berpunca dari masalah litar pintas. Oleh itu, alat pemadam api perlu ada dalam setiap kenderaan. Ia bukan sahaja berguna untuk memadamkan kebakaran pada kereta anda, tetapi juga untuk membantu orang lain dalam kecemasan. Pemadam api je...

Memahami Fungsi dan Kepentingan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada Kereta

 Pada masa kini, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) telah menjadi ciri standard bagi kereta penumpang sejak sedekad yang lalu. Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa teknologi ini sebenarnya telah diperkenalkan sejak lewat tahun 1940-an? Pada asalnya, ABS digunakan untuk sistem brek kapal terbang sebelum diadaptasikan kepada kenderaan darat oleh model kereta Britain, Jensen FF, pada tahun 1966 hingga 1971.   Apakah Itu ABS dan Bagaimana Ia Berfungsi? Fungsi ABS adalah mirip dengan aksi mengepam pedal brek berulang kali pada kereta tanpa ABS. Secara manual, tindakan ini membantu mengelakkan roda daripada terkunci ketika membrek secara drastik. ABS pula mampu mengepam tayar sebanyak 15 kali dalam sesaat, suatu keupayaan yang tidak mungkin dilakukan oleh manusia. Prinsip asas ABS berasaskan kepada teknik "cadence braking" yang sering digunakan oleh pelumba kereta dahulu kala. Mereka akan mengepam pedal brek berulang kali untuk mengelakkan roda mereka terkunci semasa membrek. Teknik i...

Tips Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama

  Kami kongsikan beberapa perkara penting untuk anda yang ingin menjaga kereta supaya tahan lama dan kurang mengalami kerosakan, terutama ketika berlaku masalah tidak dijangka di lokasi yang sukar mendapatkan bengkel. Penting bagi pengguna kereta untuk mengetahui serba sedikit mengenai bahagian penting kereta supaya mudah melakukan servis berkala, terutama untuk kereta yang sudah di luar tempoh jaminan. 1. MINYAK HITAM   Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar selepas setiap 5,000km atau setiap 3 bulan. Jika anda menggunakan minyak hitam jenis sintetik, ianya boleh bertahan untuk jarak perjalanan antara 7,500km hingga 10,000km.   2. PENAPIS MINYAK   Sama seperti minyak enjin, minyak mineral biasa perlu ditukar setiap 5,000km, manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila mencapai 7,500km hingga 10,000km.   3. PLUG PENCUCUH (SPARK PLUG)   Tukar selepas 20,000km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan. Jika anda menggunakannya hingga 30,...

TIPS PENJAGAAN KERETA KETIKA MUSIM BANJIR

  Baru-baru ini, Penampang, Sabah telah dilanda banjir yang menyebabkan kerosakan yang ketara kepada banyak harta benda termasuk kenderaan. Bagi penduduk Penampang, situasi ini menekankan betapa pentingnya mengetahui cara menjaga kereta ketika musim banjir. Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda melindungi kereta anda semasa dan selepas banjir, serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil. 1.  Periksa Ramalan Cuaca dan Maklumat Tempatan Pastikan anda sentiasa mengawasi ramalan cuaca dan maklumat banjir dari pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa di Penampang sering memberikan amaran awal mengenai kemungkinan banjir, yang membolehkan anda membuat persiapan awal untuk melindungi kereta anda. 2.  Elakkan Kawasan Banjir Penampang mempunyai beberapa kawasan yang mudah terjejas oleh banjir. Jika anda tahu jalan yang anda bakal lalui mungkin banjir, elakkan memandu di kawasan tersebut. Sebagai contoh, kawasan berhampiran sungai dan dataran rendah di Penamp...

Maksud Lampu Signal Lori: Panduan Penting untuk Keselamatan di Jalan Raya

  Apakah maksud lampu  signal lori ? Bagi pemandu lori dan juga pengguna jalan raya lain, memahami isyarat lampu signal lori adalah sangat penting untuk memastikan keselamatan di jalan raya. Mari kita lihat maksud di sebalik tiga jenis lampu signal yang sering digunakan oleh lori. 1. Lampu Kecemasan (Dua-dua Lampu Menyala) Lampu kecemasan adalah isyarat penting yang tidak boleh diabaikan. Apabila kedua-dua lampu menyala, ini menunjukkan bahawa terdapat bahaya di hadapan atau lori sedang mengalami masalah yang menyebabkan ia sukar untuk meneruskan perjalanan. Dalam situasi ini: JANGAN RAPAT  dengan lori. Kemungkinan ada bahaya di hadapan atau lori agak sukar untuk merenpuh jalan yang berbukit. 2. Lampu Signal Kanan Apabila lampu signal kanan lori menyala, ini adalah isyarat penting untuk diambil perhatian oleh pemandu di belakang lori tersebut. Ini bermaksud bahawa jalan di bahagian hadapan amat bahaya dan pemandu lori tidak menggalakkan pemandu di belakang untuk memotong....

Memahami Maksud Lampu Indikator di Papan Pemuka Kereta Anda

  Sebagai pemandu, penting untuk memahami maksud setiap lampu indikator yang terdapat di papan pemuka kereta anda. Lampu-lampu ini memberi amaran mengenai pelbagai keadaan kenderaan yang mungkin memerlukan perhatian segera atau pemeriksaan lanjut. Berikut adalah penjelasan mengenai setiap lampu indikator yang sering ditemui: Indikator Brek Tangan Menunjukkan bahawa brek tangan masih ditarik. Jika lampu ini menyala semasa memandu, ia mungkin menandakan masalah dengan sistem brek. Pastikan brek tangan dilepaskan sebelum memandu. Indikator Enjin Lampu ini menyala apabila terdapat masalah pada enjin atau sistem emisi kenderaan. Sebaiknya bawa kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut. Indikator Bateri Menunjukkan masalah pada sistem pengecasan bateri. Ini mungkin bermakna bateri perlu diganti atau terdapat masalah dengan alternator. Indikator ABS (Anti-lock Braking System) Menandakan masalah pada sistem ABS, yang membantu mencegah roda terkunci semasa brek kecemasan. Pemeriksaan ...

Memahami Kadar Penghantaran Kereta: Apa yang Perlu Anda Tahu?

  Memahami kadar penghantaran kereta adalah penting, terutama jika anda merancang untuk menghantar kereta ke destinasi yang jauh. Berikut adalah beberapa faktor utama yang perlu anda pertimbangkan: 1. Jenis Pengangkutan Laut Ro-Ro (Roll-on/Roll-off): Kereta dipandu ke kapal dan diparkir di dalam kapal bersama kenderaan lain. Ini adalah cara yang lebih murah dan biasa digunakan, tetapi kenderaan terdedah kepada elemen cuaca. Container: Kereta diletakkan dalam kontena yang boleh ditutup. Ini memberikan perlindungan tambahan daripada cuaca dan kerosakan, tetapi lebih mahal. 2. Proses Penghantaran Dokumen: Pastikan anda mempunyai semua dokumen yang diperlukan seperti salinan pendaftaran kenderaan, pasport pemilik, bil lading, dan dokumen kastam yang diperlukan. Insurans: Pertimbangkan untuk mengambil insurans tambahan untuk melindungi kenderaan anda sepanjang penghantaran. Syarikat penghantaran biasanya menawarkan pelbagai pilihan insurans. Pemeriksaan: Kenderaan anda akan diperik...