Apakah maksud lampu signal lori ? Bagi pemandu lori dan juga pengguna jalan raya lain, memahami isyarat lampu signal lori adalah sangat penting untuk memastikan keselamatan di jalan raya. Mari kita lihat maksud di sebalik tiga jenis lampu signal yang sering digunakan oleh lori. 1. Lampu Kecemasan (Dua-dua Lampu Menyala) Lampu kecemasan adalah isyarat penting yang tidak boleh diabaikan. Apabila kedua-dua lampu menyala, ini menunjukkan bahawa terdapat bahaya di hadapan atau lori sedang mengalami masalah yang menyebabkan ia sukar untuk meneruskan perjalanan. Dalam situasi ini: JANGAN RAPAT dengan lori. Kemungkinan ada bahaya di hadapan atau lori agak sukar untuk merenpuh jalan yang berbukit. 2. Lampu Signal Kanan Apabila lampu signal kanan lori menyala, ini adalah isyarat penting untuk diambil perhatian oleh pemandu di belakang lori tersebut. Ini bermaksud bahawa jalan di bahagian hadapan amat bahaya dan pemandu lori tidak menggalakkan pemandu di belakang untuk memotong....
Khidmat hantar kereta dari Semenanjung ke Sabah Sarawak (Port Klang ke Kota Kinabalu Sabah atau Kuching Sarawak)